MediaTek Dimensity 8200 Bakal Dilancarkan Pada 1 Disember

Diterbitkan pada Nov 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MediaTek kini berkongsi tarikh pelancaran untuk cip pemprosesan baharunya iaitu Dimensity 8200 yang dijadualkan berlangsung pada 1 Disember. Ia merupakan variasi kemaskini untuk Dimensity 8100 sebelum ini dengan fokus yang tertumpu pada kecekapan tenaga lebih baik. Seterusnya, antara pengeluar terawal yang disahkan hadir dengan cip pemprosesan ini adalah iQOO menerusi model Neo 7.

Tiada maklumat lanjut mengenai konfigurasi yang didedahkan oleh MediaTek setakat ini. Tetapi ia dipercayai menggunakan teras 4x Cortex-A78 dan 4x Cortex-A55 yang sama, tetapi dalam konfigurasi berbeza pada kelajuan lebih tinggi. Di mana, A78 akan dibahagikan kepada dua bahagian yang merangkumi 1x Cortex-A78 pada kelajuan 3.1 GHz dan 3x Cortex-A78 pula pada 3.0 GHz. Seterusnya, empat teras Cortex-A55 pula kekal pada 2.0 GHz. Markah penanda aras AnTutu turut pernah tertiris sebelum ini dengan kutipan melebihi 900,000 mata.

komen


© Amanz / 2022 Kami