Carian
iPhone Dirampas Dari Kedai Di Brazil Kerana Gagal Memberikan Pengecas
November 25, 2022 Effi Saharudin

Kerajaan Brazil sebelum ini mendenda Apple keran menjual iPhone di negara tersebut tanpa pengecas dengan setiap pembelian. Ini melanggar undang-undang Brazil yang mewajibkan pengecas disertakan oleh semua pengeluar. Kemudian jualan iPhone 12 dan ke atas pula diharamkan atas sebab yang sama.

Kini pihak berkuasa di Brasilia Brazil mula merampas iPhone yang dijual di kedai bagi menguatkuasakan lagi halangan jualan telefon tersebut. Rampasan dilakukan di premis syarikat telekomunikasi utama dan juga kedai penjual rasmi Apple di bandaraya tersebut. Apple telahpun memohon supaya jualan peranti dibenarkan sementara syarikat mencari jalan penyelesaian mengenai kewujudan pengecas dalam kotak peranti yang dibeli.

Apple menghentikan pemberian pengecas dan fon telinga sejak beberapa tahun yang lalu sebagai langkah yang menurut mereka mengurangkan sampah elektronik. Walaupun pada awalnya ditertawakan, tindakan Apple kini diikuti pengeluar lain seperti Samsung dan Sony.

Komen