Carian
Cip Snapdragon 8 Gen 2 Untuk Galaxy S23 Akan Dikeluarkan Faundri Samsung Sendiri
November 28, 2022 Effi Saharudin

Tahun lalu bukanlah tahun yang memuaskan untuk Samsung kerana kegagalan cip Exynos 9200 yang menggunakan faundri Samsung Semiconductor. Kemudian mereka tidak mendapat kontak menghasilkan cip Apple dan Snapdragon terkini kerana faundri TSMC mengambil kesemuanya. Maka minggu ini muncul laporan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang akan digunakan oleh siri Galaxy S23 akan dihasilkan oleh Samsung Semiconductor.

Cip Snapdragon 8 Gen 2 untuk peranti Samsung ini akan dilewah jam pada CPU dan GPU bagi memberikan prestasi yang lebih tinggi berbanding cip Snapdragon 8 Gen 2 yang kini digunakan pada Vivo X90 Pro+. Ini mungkin cara Samsung untuk memastikan bekalan untuk cip mencukupi pada masa yang sama memberikan kontrak kepada faundri sendiri yang kehilangan pelanggan akhir-akhir ini.

Selain Snapdragon 8 Gen 2, Samsung Semiconductor turut menghasilkan cip Tensor G2 serta G1 untuk Google.

Komen