Roll Royce Berjaya Menguji Enjin Jet Berkuasa Hidrogen

Diterbitkan pada Nov 28, 2022. oleh .

Rolls Royce berjaya melakukan ujian enjin jet berkuasa hidrogen pertama mereka. Sebuah enjin Rolls-Royce AE-2100A yang sebelum ini menggunakan bahan api kerosin diubahsuai untuk membakar bahan api hidrogen. Ujian ini dilakukan Rolls Royce dengan kerjasama syarikat penerbangan tambang murah EasyJet.

Tidak seperti kerosin yang menghasilkan karbon dioksida, pembakaran hidrogen hanya akan menghasilkan wap air yang tidak mendatangkan impak negatif kepada alam sekitar. Industri penerbangan adalah antara penyumbang pencemaran udara terbesar dunia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini pembangunan bahan api lebih mesra alam serta kapal terbang berkuasa elektrik berkembang dengan maju.

Ujian masih lagi di peringkat awal untuk melihat kekurangan dan kelebihan awal bahan api hidrogen. Antara yang sudahpun dikenalpasti sebelum ini ialah keperluan sistem simpanan bahan api yang lebih berat dan daya tujahan yang dihasilkan tidak setinggi menggunakan kerosin. Kesemuanya prlu diselesaikan sebelum hidrogen boleh menjadi alternatif.

komen


© Amanz / 2023 Kami