Carian
Spesifikasi Oppo Find N2 Tertiris Sepenuhnya
November 29, 2022 Effi Saharudin

Harus diakui antara peranti skrin boleh-lipat kegemaran kami di Amanz ialah Oppo Find N. Ini adalah kerana saiznya yang lebih munasabah, dan mudah digunakan sebelah tangan. Oppo Find N2 akan dilancarkan pada Disember ini maka tidak mengejutkan apabila spesifikasi peranti mula tertiris ke arena web.

Peranti mengekalkan rekaan yang sama dengan Find N. Penambahbaikan dilakukan pada cip Snapdragon 8+ Gen 1 berbanding Snapdragon 888 pada model pertama. Kamera juga lebih besar menggunakan kombinasi 50+48+32 MP berbanding 50+13+16 MP. Kamera swafoto walau bagaimanapun masih lagi sama 32MP. Bateri turut sedikit lebih besar.

Sebelum ini Oppo mengatakan versi seterusnya siri Find N akan ditawarkan di peringkat global. Find N2 akan dilancarkan bersama dengan Find N2 Flip. Dengan penawaran peranti skrin boleh-lipat yang lebih pelbagai, pengguna global akan mempunyai pilihan yang lebih besar tahun hadapan. Spesifikasi lengkap Find N2 adalah seperti di bawah.

  • Skrin Luar: 5.54-inci, 2120 × 1080p, E6, 120Hz
  • Skrin Dalam: 7.1-inci , 1920 × 1792p, E6, 120Hz
  • Kamera swafoto: 32MP Luar, 32MP Dalam
  • Kamera Utama: 50MP IMX890 OIS + 48MP IMX581 114° + 32MP IMX709 2x + MariSilicon X + Hasselblad
  • Cip : Snapdragon 8+ Gen1
  • Bateri: 4520mAh
  • Pengecasan: 67W
  • Berat: 233g/237g
  • Ketebalan: 14.6mm
Komen