100 Syarikat Di UK Bertukar Kepada Waktu Bekerja Empat Hari Seminggu

Diterbitkan pada Nov 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun lalu ujian besar-besaran waktu bekerja empat hari seminggu melibatkan beberapa syarikat dimulakan di UK. Ini adalah melihat impak pengurangan hari bekerja ke atas produktiviti dan kesihatan kakitangan. Dalam laporan awal kajian melibatkan 70 syarikat dengan lebih 3000 tenaga kerja, 95% syarikat berkata tiada pengurangan aktiviti bahkan ada yang melaporkan peningkatan dikesan.

Kini 100 syarikat yang kini terlibat dalam kajian yang sama berkata mereka akan mengekalkan waktu bekerja empat hari seminggu. Keputusan diambil kerana tiada pengurangan produktiviti dikesan dan kesihatan kakitangan bertambah baik selepas melakukan perubahan. Awin, antara syarikat terbesar dalam kumpulan kajian melihat peningkatan kualiti layanan dan perhubungan dengan pelanggan. Pengekalan tenaga kerja juga menunjukkan kesan positif.

Di UK penawaran waktu bekerja lebih pendek ini dilihat sebagai tiba tepat pada waktunya selepas ia juga merupakan antara negara pertama menawarkan waktu bekerja 5 hari seminggu ketika zaman perindustrian. Dengan syarikat sekarang tidak mampu menawarkan peningkatan gaji akibat ekonomi yang merudum, mengurangkan waktu bekerja tanpa potongan gaji dilihat sebagai penyelesaian paling mudah.

komen


© Amanz / 2023 Kami