Samsung Akan Melancarkan Aplikasi Bagi Memudahkan Membaiki Peranti Di Rumah

Diterbitkan pada Nov 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Proses membaiki sendiri peranti Samsung di rumah akan menjadi lebih mudah kerana muncul laporkan mereka akan melancarkan aplikasi yang mengajar pengguna bagaimana ia boleh dilakukan. Menurut Sammobile, Samsung memfailkan tanda dagang untuk aplikasi Self Repair Assistant.

Menerusi aplikasi in kelak, setiap langkah untuk membaiki sendiri peranti akan diterangkan dengan jelas. Tahun ini Samsung melancarkan program membaiki sendiri peranti di rumah dengan kerjasama iFixit. Namun begitu program ini hanya ditawarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat dan untuk model tertentu sahaja.

Di Amerika Syarikat gerakan membenarkan pengguna membaiki sendiri peranti mula mendapat sokongan ramai kerana kos membaiki yang semakin tinggi. Selain Samsung, Apple dan Motorola turut menawarkan program membaiki sendiri peranti rosak di rumah.

komen


© Amanz / 2023 Kami