Beberapa telefon pintar baharu daripada iQOO bakal diperkenalkan dalam masa terdekat ini. Ia termasuklah iQOO Neo7 SE yang disahkan bakal menjadi antara telefon pintar terawal dilengkapi cip MediaTek Dimensity 8200. Cip ini bagaimanapun masih belum diumumkan secara rasmi setakat ini, tetapi fokusnya dipercayai tertumpu pada kecekapan tenaga lebih baik.

Bercakap dengan lebih lanjut, maklumat mengenai kapasiti bateri iQOO Neo 7 SE turut sama telah diketahui. Hal ini didedahkan secara terbuka menerusi kemaskini baharu di Weibo yang menunjukkan bateri sebesar 5000mAh akan digunakan. Ini sekaligus memboleh telefon pintar ini menawarkan pengalaman penggunaan yang lama, tetapi bergantung juga pada jenis penggunaan semasa.
Dalam pada itu, bateri yang besar ini turut dimuatkan dengan sokongan sistem pengecasan pantas 120W. Di mana, memudahkan proses pengecasan semula peranti dengan masa yang singkat. Menurut iQOO, telefon pintar boleh dicas semula sehingga 60% dalam masa sekitar 10 minit.

IQOO Neo 7 SE bakal dilancarkan di China pada 2 Disember ini. Segala maklumat penuh mengenai penawaran telefon pintar ini bakal kami kongsikan dalam kemaskini artikel yang akan datang.