Pelancaran Huawei Watch Buds Dijadualkan Berlangsung Pada 2 Disember

Diterbitkan pada Nov 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kalau anda perasan, baru-baru ini tularnya video dan gambar yang menunjukkan seutas jam tangan pintar Huawei dilengkapi fon telinga terbina, dikenali sebagai Huawei Watch Buds. Konsep yang digunakan adalah menarik dengan bahagian muka jam yang boleh dibuka ke atas. Kemudiannya, ia mendedahkan ruang simpanan sepasang fon telinga nirwayar bersaiz kecil.

Sedar terus menjadi tumpuan, Huawei kini berkongsi kemaskini rasmi mengenainya. Di mana, pelancaran untuk Huawei Watch Buds telah dijadualkan berlangsung di China pada 2 Disember ini. Hal ini didedahkan menerusi laman Weibo sebentar tadi, dalam masa sama video promosi pendek turut dimuatnaik.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi dalaman yang diketahui setakat ini. Tetapi agak menarik apabila muka jam pada Huawei Watch Buds turut memperlihatkan ikon tahap bateri untuk fon telinga yang memberi bayangan ia boleh dicas bersama jam tangan ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami