Redmi Note 12 5G Melepasi SIRIM – Pelancaran Tidak Lama Lagi?

Diterbitkan pada Nov 30, 2022. oleh .

Siri Redmi Note 12 telah diumumkan di China sekitar Oktober lalu dengan beberapa variasi model berbeza. Salah satu daripadanya adalah Redmi Note 12 5G dan ia nampaknya bakal tersedia di Malaysia tidak lama lagi.

Ia berikutan telefon pintar ini telah ditemui tersenarai di laman pengesahan SIRIM Malaysia pada 30 November 2022. Ia muncul dengan nombor model 22111317G (Redmi Note 12 5G) dan didaftarkan dengan nama pemohon Xiaomi Technologies Malaysia Sdn. Bhd.

Seperti dikatakan tadi, telefon pintar ini telah dilancarkan terlebih dahulu di China dengan janaan cip Snapdragon 4 Gen 1. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada variasi di luar pasaran China akan dilengkapi spesifikasi yang sama atau sebaliknya. Begitu juga dengan maklumat mengenai tarikh pelancaran khusus yang masih tidak diketahui buat masa ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami