Cari @ Amanz

Tirai bulan Disember yang sepatutunya dibuka dengan pelancaran produk baharu daripada beberapa pengeluar, kini terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian. Ini termasuklah pengenalan untuk siri Xiaomi 13 dan cip MediaTek Dimensity 8200 yang sepatutnya berlangsung pada hari ini, iaitu 1 Disember 2022.

Kemudian diikuti pula dengan pengenalan iQOO 11 dan iQOO Neo7 SE yang dijadualkan pada Jumaat, iaitu 2 Disember 2022. Begitu juga dengan Huawei yang bakal memperkenalkan beberapa produk baharunya, termasuk jam tangan Huawei Watch Buds pada tarikh yang sama.

Penangguhan ini telah dimaklumkan oleh kesemua pengeluar ini dalam satu kenyataan di Weibo masing-masing. Tiada sebab khusus yang dinyatakan, tetapi ia diperkatakan mungkin kerana kematian bekas Presiden China, Jiang Zemin. Kemaskini lebih lanjut bakal kami kongsikan dalam artikel yang akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd