Carian
Corning Gorilla Glass Victus 2 Diperkenalkan Dengan Ketahanan Lebih Baik
December 1, 2022 Amy Maizuraa

Corning, salah satu syarikat yang mengkhususkan terhadap penawaran kaca tahan lasak kini hadir dengan variasi baharu untuk produknya. Melaluinya Corning Gorilla Glass Victus 2 telah diperkenalkan dengan tahap tahan calar yang sama dengan generasi terdahulu, tetapi didakwa boleh menahan hentakan lebih baik pada permukaan kasar.

Dalam ujian makmal, Corning Gorilla Glass Victus 2 didakwa mampu bertahan jatuhan pada kertas pasir 80-grit di atas permukaan keras seperti konkrit dari ketinggian sehingga 1 meter. Pada waktu sama, ia juga mampu tahan jatuhan dengan ketinggian 2 meter di atas permukaan seakan jalan raya, serta mempunyai ketahanan calar sehingga empat kali lebih baik daripada bahan aluminosilicate yang digunakan oleh pesaing.

Corning Gorilla Glass Victus 2 kini masih di peringkat penilaian dan masih tidak diketahui pengeluar manakah yang bakal menggunakannya terlebih dahulu. Dalam pada itu, ia juga dijangka tersedia di pasaran dalam tempoh beberapa yang mendatang.

Komen