Spotify Wrapped 2022 – Dato’ Sri Siti Nurhaliza Kekal Ratu Penstriman Malaysia

Diterbitkan pada Dis 1, 2022. oleh .

Spotify Wrapped 2022 boleh diakses pengguna Spotify di seluruh dunia semalam. Seperti biasa, serentak dengan pengumuman trend pengguna secara peribadi, Spotify turut mengumumkan senarai artis, album dan podsiar yang paling popular di setiap negara.

Spotify Malaysia telah menerbitkan senarai artis-artis popular dan sekali lagi Dato’ Sri Siti Nurhaliza menjadi ratu di tempat teratas di kalangan artis tempatan. Beliau di hadapan Insomniacks, Hujan, Masdo dan Wings dalam jumlah lagu yang distrim sepanjang 2022. Sungguhpun begitu lagu Sempurna oleh Insomniacks adalah lagu yang paling popular di Malaysia tahun ini. Senarai lengkap artis, lagu, senarai main, podsiar dan artis antarabangsa popular adalah seperti di bawah.

Malaysia – Artis Tempatan Paling Popular

  1. Dato’ Sri Siti Nurhaliza
  2. Insomniacks
  3. Hujan
  4. Masdo
  5. Wings

Malaysia – Lagu Tempatan Paling Popular

  1. Sempurna, Insomniacks
  2. CASABLANCA, Nuha Bahrin & Naufal Azrin
  3. Janji Manis, Masdo
  4. Satu Malam Di Temasek, Joe Flizzow, SonaOne
  5. Malam Semakin Dingin, Tajul, Afieq Shazwan

Malaysia – Senarai Main Tempatan Paling Popular

  1. Hot Hits Malaysia
  2. Carta Malaysia 50
  3. Today’s Top Hits
  4. K-Pop ON! (온)
  5. Mega Hit Mix

Malaysia – Podsiar Paling Popular

  1. MALAM SERAM
  2. Ustaz Wadi Annuar Official
  3. Think Fast, Talk Smart: Communication Techniques
  4. Rintik Sedu
  5. TED Talks Daily

Malaysia – Artis Paling Popular

  1. Taylor Swift
  2. BTS
  3. Justin Bieber
  4. The Weeknd
  5. BLACKPINK

Malaysia – Artis Wanita Paling Popular

  1. Taylor Swift
  2. Ariana Grande
  3. Billie Eilish
  4. Olivia Rodrigo
  5. Doja Cat

Malaysia Artis Lelaki Paling Popular

  1. Justin Bieber
  2. The Weeknd
  3. Ed Sheeran
  4. Joji
  5. Charlie Puth

Malaysia – Kumpulan Paling Popular

  1. BTS
  2. BLACKPINK
  3. SEVENTEEN
  4. TWICE
  5. One Direction

Malaysia – Album Paling Popular

  1. Proof, BTS
  2. SOUR, Olivia Rodrigo
  3. Justice, Justin Bieber
  4. Born Pink, BLACKPINK
  5. Harry’s House, Harry Styles

Malaysia – Lagu Paling Popular

  1. Glimpse of Us, Joji
  2. Angel Baby, Troye Sivan
  3. Ghost, Justin Bieber
  4. As It Was, Harry Styles
  5. Until I Found You, Stephen Sanchez

komen


© Amanz / 2023 Kami