Grab PayLater Kini Boleh Digunakan Di Stor Fizikal

Diterbitkan pada Dis 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Grab PlayLater kini akhirnya boleh digunakan juga untuk melakukan pembayaran di kedai-kedai luar talian bermula minggu ini. Menerusi ciri ini, kemudahan melakukan pembelian secara ansuran tidak lagi terhad kepada pembelian atas talian seperti sebelum ini.

Pilihan yang diberikan oleh PayLater ialah melakukan pembayaran secara pukal di bulan seterusnya akan memecahkan pembelian kepada empat bayaran bulanan. Faedah turut tidak dikenakan atas setiap pembelian menggunakan PayLater. Antara kedai-kedai yang menyokong PayLater ialah ALL IT Hypermarket,  Desa Home Theater, Bose, Gamer’s Hideout, Li Ning, Wacoal and OSIM. Untuk melihat senarai lengkap terma dan syarat serta kedai-kedai yang menyokong PayLater sila ke pautan di bawah.

komen


© Amanz / 2023 Kami