Sistem Letak Kenderaan Automatik Mercedes-Benz Dan Bosch Kini Dikomersialkan

Diterbitkan pada Dis 2, 2022. oleh .

Sistem letak kenderaan valet automatik secara umumnya membolehkan sesebuah kenderaan diletakkan pada tempatnya tanpa keperluan pemandu. Sistem ini pertama kali memperoleh kelulusan untuk digunakan adalah pada tahun 2019 yang dibangunkan oleh dua syarikat terkemuka Jerman iaitu Mercedes-Benz dan Bosch. Bagaimanapun, penggunaan ketika itu adalah terhad di Muzium Mercedes-Ben bagi tujuan operasi harian sahaja.

Berkongsi lebih lanjut, sistem tersebut kini mendapat kelulusan rasmi daripada pihak Germany’s Federal Motor Transport Authority (KBA) untuk kegunaan komersial di negara berkenaan. Ia boleh digunakan dengan kenderaan milik persendirian di tempat letak kenderaan yang dikendali oleh APCOA P6 di Lapangan Terbang Stuttgart.

Ini juga sekaligus menjadikannya sistem tempat letak kenderaan tanpa pemandu automatik pertama di dunia yang diluluskan secara rasmi untuk kegunaan komersial. Dalam masa masa, turut menerima kelulusan swapandu Tahap 4 pada kereta yang membolehkan sistem digunakan tanpa pemandu.

Dengan langkah ini, pemandu kelak hanya perlu turun daripada kenderaan apabila tiba di lokasi. Sistem kemudiannya akan mengenal pasti kenderaan dan menghantarnya ke petak parking yang telah ditempah terlebih dahulu menggunakan aplikasi khusus di telefon pintar. Prosedur yang sama turut akan digunakan sewaktu proses mengambil kenderaan untuk dikembalikan pada pemandu.

Ia juga dikatakan mampu berfungsi dengan baik disebabkan oleh kebergantungan pada infrastruktur sensor pintar dibekalkan oleh Bosch. Di samping, turut disokong oleh teknologi automotif Mercedes-Benz yang dipasang pada tempat letak kereta tersebut. Sensor secara pintar akan memantau persekitaran dan memberi maklumat yang diperlukan bagi memastikan kereta kekal selamat. Ini termasuklah pengesanan untuk halangan, brek untuk henti dan sambung semula perjalanan.

Antara model kenderaan yang disokong adalah bermula dengan varian S-Class dan EQS tertentu yang dikeluarkan pada Julai 2022 serta dilengkapi dengan teknologi Intelligent Park Pilot. Lebih banyak model yang akan disokong dalam tempoh masa mendatang.

Untuk rujukan, Mercedes-Benz juga pernah menjadi syarikat pertama dunia yang menerima kelulusan swapandu Tahap 3 sebelum ini. Lebih uniknya di sini, kelulusan yang diterima tersebut turut boleh digunakan pada kenderaan yang dijual kepada orang awam.

komen


© Amanz / 2023 Kami