TM Kini Mencatatkan 3 Juta Angka Langganan Unifi – Beri Akses Percuma Unifi TV Sehingga Januari 2023

Diterbitkan pada Dis 3, 2022. oleh .

Telekom Malaysia kini mencatatkan pencapaian terbaharu mereka, mencatatkan seramai 3 juta angka langganan Unifi sehingga ke hari ini.

Unifi TV

Selari dengannya, dalam menyambut pencapaian terbaru ini, TM kini menawarkan akses kepada Unifi TV secara percuma sehingga Januari 2023 kelak. Dengan penawaran ini, pengguna akan dapat menikmati sehingga 72 saluran secara percuma tanpa bayaran sepanjang tempoh ini.

Selain untuk Unifi TV, pihak TM juga sedia menawarkan akses 5G secara percuma untuk pengguna Unifi Mobile.

Sebelum ini, TM telah mencatatkan seramai 2 juta pelanggan Unifi pada Mei 2021 lepas.

komen


© Amanz / 2023 Kami