Cari @ Amanz

Lightyear, syarikat disebalik kereta yang dikuasakan tenaga solar kini mengumumkan fasa pembangunan baharu dalam syarikat mereka, iaitu fasa pengeluaran model kenderaan pertama mereka, Lightyear 0.

Untuk makluman, Lightyear 0 merupakan kereta dikuasakan tenaga elektrik, tetapi turut boleh dicas menggunakan cahaya matahari. Dengan langkah ini, pengguna boleh kekal mengecas kenderaan ketika digunakan pada siang hari.

Ia sekaligus mengatasi masalah keperluan kereta perlu disambung ke palang pengecas setiap hari, dan turut mengatasi masalah kekurangan stesen pengecas di pasaran hari ini.

Malah, pembangunnya juga sebelum ini mengatakan dengan panel pengecas tersebut, ia mampu membekalkan kuasa untuk perjalanan pada jarak sehingga 70 kilometer setiap hari.

Menurut Lightyear, kini mereka berkapasiti dalam mengeluarkan satu kenderaan setiap minggu, dan dijangka meningkatkannya dalam suku pertama 2023 kelak.

Sebelum ini, ia dianggarkan setiap kenderaan mungkin dijual pada harga mencapai $1.16 juta setiap satu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd