Cari @ Amanz

Elon Musk kini mengesahkan mengatakan Apple telah kembali beriklan menggunakan platform media sosial Twitter selepas menghentikan ia untuk seketika sebelum ini.

Pada masa yang sama, Elon Musk turut mengatakan Apple merupakan pengiklan terbesar pada platform media sosial tersebut.

Sebelum ini, Elon Musk menuduh Apple tidak menyokong kebebasan bersuara apabila menarik pengiklanan daripada platform tersebut.

Selain itu, baru-baru ini, Elon Musk telah bertemu dengan Tim Cook dalam menyelesaikan kemelut kedua-dua pihak, dan turut mengesahkan Apple tidak akan membuang aplikasi Twitter dari AppStore.

Adakah dengan langkah ini, kita akan melihat pelbagai pengiklan lain turut kembali menggunakan platform Twitter untuk tujuan pengiklanan seperti sebelum ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd