Kadar Segar Semula 165Hz Bakal Disokong Pada Monitor OnePlus

Diterbitkan pada Dis 5, 2022. oleh .

Berbaki kira-kira seminggu lagi untuk OnePlus memperkenalkan dua monitor keluarannya yang dikenali sebagai OnePlus Monitor X 27 dan OnePlus Monitor E 24. Salah satu ciri utama padanya telah mula didedahkan menerusi laman web rasmi.

Ia menunjukkan ciri kadar segar semula 165Hz dengan tindak balas 1ms akan disokong pada monitor OnePlus tersebut. Hal ini secara tidak langsung mampu menyajikan animasi yang lebih lancar, sekaligus menjadikan pengalaman penggunaan lebih baik. Turut disertakan adalah teknologi AMD Freesync Premium yang sepatutnya mampu menggerakkan permainan video pada kadar segar semula lebih tinggi dengan baik sekali.

Buat masa ini, masih dapat dipastikan variasi manakah yang bakal menyokongnya, tetapi boleh jadi ia digunakan pada OnePlus Monitor X 27. Ia berikutan monitor ini dipercayai hadir dengan ciri premium yang mengkhususkan terhadap permainan dan kerja harian bersama prestasi memuaskan.

komen


© Amanz / 2023 Kami