Pico Membuka Kedai Set Kepala Realiti Maya Pertama Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pico iaitu jenama produk set kepala realiti maya di bawah Bytedance ingin cuba menandingi Meta Quest dengan membawa masuk produk mereka di peringkat global. Di Malaysia, mereka melancarkan Pico 4 iaitu pesaing kepada Meta Quest 2 yang cukup baik dan seronok untuk digunakan.

Terkini, dengan langkah serius dalam terus ingin menjadikan realiti maya penting untuk semua orang dan persediaan di masa hadapan – Pico membuka kedai fizikal di Malaysia. Ia juga adalah kedai pertama di Malaysia menjual barangan set kepala realiti maya untuk satu jenama sahaja.

Kedai ini terletak di Sunway Pyramid dan Pico bekerjasama dengan Rainbow Distribution iaitu pengedar yang terkenal membawa masuk pelbagai barangan Xiaomi. Menurut Pico, kedai ini akan menjadi hab setempat untuk semua produk jualan Pico dan juga menjadi tempat untuk khidmat bantuan pelanggan.

Sempena pembukaan kedai ini, Pico akan memberi Pico Neo 3 Link secara percuma kepada 10 orang pertama yang membeli Pico 4. Sementara pengunjung ke 11 sehingga 30 boleh mendapatkan unit kedua Pico 4 pada RM849.50 untuk variasi 128GB dan RM999.50 untuk 256GB selepas membeli set pertama.

Sempena musim percutian, setiap pembelian Pico 4 turut akan menerima Christmas Pack yabg menyertakan empat permainan dan tiga aksesori percuma seperti kerangka simpanan, pelindung lensa dan pelindung silikon anti-peluh.

komen


© Amanz / 2023 Kami