DNB Alu-Alukan Penilaian Semula – Mengatakan Pengenalan 5G Dilakukan Secara Telus
December 6, 2022
Aman
Lanjutan daripada komen Perdana Menteri X, Anwar Ibrahim semalam, kini Digital Nasional Berhad telah mengeluarkan komen rasmi, mengatakan mereka mengalu-alukan penilaian pelbagai proses pemilihan dilakukan oleh kerajaan.

DNB juga mengatakan mereka terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam melakukan penilaian ini. Ia dikatakan proses tender ini telah diuruskan oleh E&Y, dan dilakukan secara telus.
Sebelum ini, DNB telah menawarkan kontrak bernilai RM11 bilion kepada Ericsson. Penawaran dibawah kaedah pemborong tunggal juga turut menimbulkan pelbagai pertanyaan daripada pelbagai pihak.
[sumber]Sumber : The Edge[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.