Cari @ Amanz

Apple menandatangani perjanjian persetujuan menggunakan teknologi selular yang dimiliki oleh Ericsson. Menerusi perjanjian muli-tahun ini, Apple dibenarkan menggunakan beberapa teknologi selular penting pada peranti keluaran mereka serta bersetuju menghentikan kes saman yang difailkan pada Januari yang lalu.

Ericsson memfailkan saman ke atas Apple kerana produk Apple seperti iPhone, iPad dan Apple Watch menggunakan ciptaan Ericsson termasuk teknologi 5G. Sebelum kedua-dua syarikat telah memeterai perjanjian untuk pelesenan tetapi selepas tempohnya luput mereka gagal mencapai kata sepakat untuk menyambung pelesenan baharu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd