Cari @ Amanz

Awal bulan ini Badan Pengawasan San Francisco mengundi membenarkan robot polis menggunakan kuasa membunuh dalam situasi tertentu. Tetapi selepas keputusan ini menerima kritikan dari kumpulan hak asasi manusia dan kumpulan yang menentang keganasan polis, undian kedua dilakukan dan kali ini kebenaran telah ditolak.

Dalam keputusan sebelum ini kuasa membunuh hanya dibenarkan jika nyawa anggota polis dan orang awam diancam oleh suspek. Ia turut hanya dibenarkan sekiranya tiada alternatif lain boleh diambil oleh anggota polis. Akhir sekali hanya sebilangan anggota polis berpangkat tinggi mempunyai kuasa memberikan arahan membunuh.

Polis San Francisco mempunyai 17 robot yang digunakan bagi tujuan mematikan bom dan pemantauan. Ia boleh dilengkapi dengan senjata sekiranya diperlukan. Jadi pada waktu ini senario filem Robocop yang membenarkan robot membunuh akan kekal sebagai fiksyen.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd