Carian
UK, Jepun Dan Itali Bekerjasama Membangunkan Pesawat Tempur Generasi Baharu
December 13, 2022 Effi Saharudin

Kos membangunkan pesawat tempur moden adalah tinggi. Oleh itu bagi mengurangkannya United Kingdom, Jepun dan Itali mengumumkan kerjasama untuk membangunkan pesawat tempur generasi ke-enam yang mula beroperasi menjelang 2035.

Tempest

Projek yang diberi nama Global Combat Air Programme (GCAP) akan menggabungkan projek pesawat tempur Tempest yang diumumkan UK sebelum dengan projek pesawat tempur F-X Jepun. Syarikat BAE Systems, Mitsubishi Heavy Industries dan Leonardo akan menjadi kontraktor utama dengan enjin pula dibangunkan oleh Rolls Royce dengan sistem senjata pula oleh MBDA.

Kerjasama dilakukan bukan sahaja untuk mengurangkan kos tetapi juga untuk menggabungkan kepakaran kejuruteraan ketiga-tiga negara. UK ingin menggantikan pesawat Eurofighter Typhoon mereka dengan Tempest. Ancaman daripada Rusia dan China dilihat sebagai pemangkin kerjasama ini.

Antara kemampuan pesawat pejuang GCAP kelak ialah sukar dikesan radar, kemampuan melancarkan senjata hipersonik, bekerjasama dengan dron dan dikawal dengan kawalan otak juruterbang.

Komen