Carian
MIUI Kini Digunakan Pada 564 Juta Peranti
December 13, 2022 Effi Saharudin

Selepas 12 tahun dilancarkan, MIUI kini digunakan pada lebih 564 juta peranti setiap bulan. Pengumuman dilakukan ketika acara pelancaran siri Xiaomi 13 dan MIUI 14 baru-baru ini. Sejak diperkenalkan, pelancar yang berasaskan Android telah berevolusi daripada sebuah sistem operasi untuk telefon pintar kepada hab pelbagai aktiviti di bawah ekosistem Xiaomi.

Antara inovasi yang diperkenalkan menerusi MIUI 14 ialah saiz sistem operasi yang lebih kecil dengan kemampuan membuang fail yang tidak digunakan. Animasi lebih lancar menerusi enjin animasi baharu serta pengoptimasian. Semasa pandemik jualan peranti Xiaomi naik mendadak kerana harga yang amat berpatutan berbanding pesaing. Dengan kerjasama Leica, Xiaomi mungkin akhirnya mampu memberikan cabaran kepada Samsung dan Apple.

Komen