Carian
Tips – Cara Mengaktifkan Atau Mematikan 5G Pada iPhone
December 14, 2022 Effi Saharudin

Akhirnya pagi ini kemas kini iOS 16.2 diberikan kepada iPhone yang layak menerimanya. Di Malaysia ia membawakan ciri yang paling dinantikan iaitu sokongan 5G pada iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max, iPhone 13 Mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max, iPhone SE Gen-2, iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

Sekiranya anda menggunakan rangkaian telko yang menyokong 5G (maaf pelanggan Maxis!), anda boleh menikmati rangkaian internet terpantas pasca kemas kini. Tetapi kami menyedari sebilangan kecil pengguna iPhone yang mengatakan telefon mereka tidak dapat mengakses 5G dan ada juga yang ingin kekal menggunakan 4G bagi mengurangkan penggunaan bateri.

Tip ini akan membantu adan mengaktifkan atau mematikan rangkaian 5G pada iPhone.

  1. Pergi ke Settings > Mobile Data.
  2. Pergi pula ke Mobile Data Options.

  1. Klik pada pilihan Voice & Data.
  2. Pilih untuk mengaktifkan 5G secara automatik, sentiasa 5G atau 4G.
  3. Anda kini boleh menggunakan 5G ataupun 4G.
Komen