Apple Music Sing Boleh Digunakan Di Malaysia Sekarang Untuk Berkaraoke

Diterbitkan pada Dis 14, 2022. oleh .

Selain mengaktikan sokongan rangkaian 5G di Malaysia, kemas kini iOS 16.2 yang diberikan pagi ini turut mengaktifkan mod Apple Music Sing kepada pengguna global. Menerusi Apple Music Sing, pelanggan Apple Music boleh mengaktifkan mod karaoke dengan lirik yang diselarikan dengan audio pada skrin.

Untuk berkaraoke, tekan ikon mikrofon yang dipaparkan pada skrin. Secara lalai, audio penyanyi asal akan diperlahankan degan alunan audio muzik sahaja boleh didengari. Pengguna boleh melaraskan kekuatan suara penyanyi asal dengan menekan ikon mikrofon yang sama.

Setelah mencuba ciri ini, kami merasakan ia mod yang menarik tetapi belum cukup sempurna. Suara penyanyi asal yang diperlahankan masih kedengaran dan tidak memberikan pengalaman muzik minus one sebenar. Apple Music Sing boleh diakses pada iPhone, iPad, dan Apple TV 4K baharu.

komen


© Amanz / 2023 Kami