Cari @ Amanz

Oppo Air Glass 2 diperlihatkan hari ini di acara Oppo Inno Day 2022. Kemas kini kepada Air Glass asal yang kelihatan seperti alat scout dari manga Dragon Ball kini berubah bentuk menjadi lebih mirip sebuah kaca mata biasa.

Kaca mata ini menggunakan paparan mikro-LED yang membolehkan teks dipaparkan pada permukaan kaca membolehkan dunia maya bergabung dengan dunia sebenar. Terdapat ciri menjawab panggilan telefon dan juga mendengar muzik yang distrim terus dari peranti pintar yang ditambat. Berat keseluruhan Oppo Air Glass 2 hanyalah 38 gram dengan ia ditawarkan dalam warna hitam dan putih.

Belum ada maklumat sama ada Air Glass 2 akan dijual kepada umum dan sekiranya ia akan ditawarkan di luar China. Teknologi kaca mata pintar adalah antara yang mendapat perhatian sejak kebelakangan ini kerana membolehkan sokongan teknologi realiti terimbuh AR.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd