Motorola merupakan salah satu subjenama dibawah Lenovo, dan kini mereka dilihat dalam perancangan untuk memperkenalkan sebuah telefon pintar dibawah jenama “Think”.
Seperti ramai sedia maklum, ThinkPad merupakan siri komputer riba dibawah Lenovo memfokuskan perusahaan dengan sejumlah ciri-ciri premium. Kini, Motorola dilihat ingin menghasilkan sebuah telefon pintar dibawah jenama berkenaan, dinamakan ThinkPhone.
ThinkPhone dikatakan akan hadir dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, serta memori dengan pilihan sehingga 12GB RAM. Ia dijangka dilengkapi dengan kamera utama 50MP selain, kamera swafoto 32-MP.
Buat masa ini, ia tidak diketahui apakah ciri-ciri tambahan dan ikonik yang bakal disertakan bersama ThinkPhone ini. Ia juga tidak diketahui sama ada telefon ini akan dipasarkan di luar China atau tidak.