Tahun lalu Dell memperlihatkan komputer riba Concept Luna yang direka untuk bukan sahaja memudahkan proses untuk dibaiki tetapi juga untuk mengitarnya semula selepas tidak lagi digunakan. Ini dicapai dengan mengurangkan penggunaan skru serta gam. Hujung minggu lalu Dell menambah baik lagi Concept Luna untuk menjadikannya lebih mudah dinyahpasang.
Selepas setahun pengguna skru dan gam berjaya dikurangkan lagi. Menurut Dell, Concept Luna kini boleh ditanggalkan sepenuhnya oleh pekerja terlatih dalam masa beberapa minit sahaja dan bukan lagi berjam lamanya. Proses menyahpasang menjadi lebih pantas dengan bantuan robot di kitar semula. Apa yang dilakukan Dell ini mirip dengan yang dilakukan Apple menerusi robot Daisy dari tahun 2018.
Concept Luna juga dilengkapi sistem telemetri yang melakukan ramalan bilakah komponen seperti papan induk perlu ditukar. Sebagai contoh papan kekunci mungkin tidak digunakan sekiranya pemilik menggunakan Concept Luna dalam mod dermaga yang disambungkan kepada papan kekunci luaran. Dengan ini apabila dikitar semula, hanya papan induk dikitar semula manakala papan kekunci boleh diproses untuk menjadi alat ganti seperti baharu.
Pada waktu ini Concept Luna masih sekadar konsep dengan ia dilihat sebagai antara penyelesaian kepada isu lambakan sampah elektronik global.