Carian
Apple Memperlihatkan Robot “Daisy” Yang Boleh Mengasingkan Komponen iPhone Untuk Dikitar Semula
April 20, 2018 Effi Saharudin

Pada Mac 2016, “Liam” diperlihatkan kepada umum dan adalah robot yang dibangunkan oleh Apple untuk mengasingkan komponen iPhone untuk dikitar semula. Hari ini mereka memperlihatkan pula “Daisy”, robot terkini mereka yang mengambil alih tugas Liam.

Daisy menggunakan semula beberapa komponen dari Liam. Ia mampu mengasingkan komponen dari sembilan jenis iPhone pada kadar 200 iPhone sejam. Setiap komponen yang dapat diasingkan dan disusun dengan teliti bagi memudahkan proses mengitar semula. Robot terkini ini diperlihatkan sempena Hari Bumi yang disambut pada hari Ahad.

Apple mempunyai perancangan masa hadapan untuk menghasilkan peranti-peranti baru menggunakan komponen yang hanya dikitar semula. Hanya beberapa minggu yang lalu, Apple mengumumkan keseluruhan operasi mereka menggunakan sumber tenaga lestari. Dalam masa terdekat kilang menghasilkan produk Apple di China akan menggunakan sumber tenaga solar sepenuhnya.

Komen