OnePlus 11 Bakal Dilancarkan Pada 7 Februari 2023

Diterbitkan pada Dis 20, 2022. oleh .

OnePlus kini mengumumkan acara pelancaran untuk telefon mercu akan datang mereka, dijadualkan pada 7 Februari 2023 kelak, iaitu sekitar sebulan lebih lagi.

OnePlus dijangka akan memperkenalkan telefon pintar dibawah siri OnePlus 11. Sebelum ini, pihak OnePlus turut telah mengeluarkan video acah yang memperlihatkan rekaan kamera dalam bentuk bulat, disamping mengekalkan penjenamaan Hasselblad.

Disamping itu, ia juga dijangka akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang terbaharu.

Disamping telefon pintar, pada acara sama, OnePlus turut dijangka memperkenalkan fon telinga nirwayar terbaharu mereka.

komen


© Amanz / 2023 Kami