Cari @ Amanz

Tahun ini Samsung Galaxy Z Fold4 ialah peranti skrin boleh-lipat terbesar Samsung dengan skrin sebesar 7.6″. Tetapi tahun hadapan Samsung akan melancarkan sebuah peranti boleh-lipat dengan skrin yang lebih besar menurut laporan The Elec.

Galaxy Fold Book

Ia dilengkapi skrin 17.3″ OLED yang mengecil menjadi sebesar 13.3″ apabila dilipat. Adalah dipercayai produk ini ialah sebuah komputer riba yang pada asalnya ingin dilancarkan tahun ini tetapi ditangguh. Besar kemungkinan ia adalah komputer riba yang diuar-uarkan selama ini dengan prototaip. Selain komputer riba boleh-lipat, tablet boleh-lipat, skrin boleh-gulung dan telefon boleh dilipat tiga kali juga sudah diperlihatkan oleh Samsung Display.

Samsung mengungguli pasaran telefon pintar boleh-lipat sekarang tetapi mula dicabar oleh Xiaomi. Oppo, Honor dan Huawei. Dalam pasaran komputer riba boleh-lipat pula mereka akan mengikuti jejak Lenovo dan Asus yang sudahpun menawarkan produk mereka. Persoalannya sekarang wujudkah pasaran untuk komputer riba boleh lipat dalam masa terdekat kerana setakat ini ia masih belum kami lihat digunakan dengan meluas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd