Cari @ Amanz

Spesifikasi Realme GT Neo5 Tertiris Dengan Skrin 144Hz Dan Snapdragon 8+ Gen 1

Link Copied!

Berita mengenai kewujudan Realme GT Neo5 telah lama kedengaran, malahan semakin hangat diperkatakan semenjak akhir-akhir ini. Salah satu ciri yang mungkin dimuatkan pada peranti adalah sistem pengecasan pantas dengan kuasa output 240W, sekaligus menjadikan masa pengecasan semula lebih pendek.

Terbaharu lebih banyak maklumat mengenai peranti mula dikongsi. Ini termasuklah, ia dipercayai menggunakan skrin 6.7-inci OLED FHD+ dengan kadar segar semula 144Hz. Cip Snapdragon 8+ Gen 1 turut digunakan sebagai tunjang utama bersama pilihan memori 6/8GB RAM dan storan dalaman 128/256GB UFS 3.1.

Turut disertakan adalah antaramuka RealmeUI 4.0 yang dibina berasaskan Android 13, di samping sokongan dwi-SIM Nano tanpa kebolehan ruang tambahan mikroSD.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 50MP yang menggunakan sensor Sony IMX890 dan OIS. Seterusnya, diikuti dengan sensor ultra lebar dan makro yang tidak didedahkan konfigurasinya setakat ini. Kamera swafoto pula sebesar 16MP. Bateri pula didatangkan dalam dua pilihan, sama ada 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 150W, manakala 4,600mAh pula dengan pengecasan 240W.

Kesemua maklumat ini dikongsi oleh laman Fonearena melalui kemaskini yang dimuatnaik oleh Digital Chat Station di Weibo. Dalam masa sama, perlu juga diingatkan maklumat dikongsikan masih diperingkat ura-ura.


Komen ()