Satu lagi perubahan baharu dilakukan hari ini oleh Twitter dimana avatar akaun perniagaan yang disahkan identitinya kini dipaparkan dalam bentuk empat segi. Sebelum ini semua avatar di Twitter dipaparkan dalam bentuk bulat. Setakat ini ciri ini hanya dilihat pada Twitter versi Web dan iOS.
Akaun perniagaan sebelum ini dipaparkan dengan tanda calitan berwarna kuning. Dengan avatar bentuk kotak, proses mengenalpasti akaun pasti dan asli akan menjadi lebih mudah di masa akan datang. Pelanggan Twitter Blue dan mereka yang disahkan identiti oleh Twitter masih lagi dipaparkan dengan avatar bulat serta calitan biru.
Pagi ini Twitter Blue for Business telah diumumkan dengan ia memberikan insentif kepada perniagaan untuk melakukan langganan kerana bukan sahaja akaun rasmi diberikan calitan pengesahan identiti tetapi juga kakitangan.