Carian
Perkongsian Lionel Messi Kini Memegang Rekod Jumlah “Like” Tertinggi Di Instagram
December 20, 2022 Fahim Zahar

Argentina menjadi pasukan juara Piala Dunia 2022. Ini semua kerana Lionel Messi yang berjaya melakukan gol kemenangan. Seperti biasa, di zaman moden ini sambutan apa-apa sahaja pasti akan dikongsi di platform media sosial dan itulah apa yang dilakukan oleh Lionel Messi.

Melalui akaun Instagram beliau @leomessi, imej-imej saat kemenangan serta memegang piala Piala Dunia 2022 telah dikongsi. Perkongsian ini sudah menerima hampir 57 Juta “Like” sekaligus menjadikannya yang paling banyak menerima “Like” dalam sejarah Instagram. Ia memintas rekod yang dipegang oleh gambar sebutir telur yang mencatatkan 56 juta “Like” pada tahun 2018.

Komen