Cari @ Amanz

Kerajaan kini memperkenalkan sebuah pakej langganan prabayar baharu, dinamakan Pakej Perpaduan, dimana melaluinya ia ditujukan kepada para pengguna belia (sehingga 30 tahun), B40, warga emas, OKU dan juga veteran.

Pakej ini akan ditawarkan bermula Februari 2023 kelak. Antara syarikat yang akan menawarkan pakej ini adalah Celcom-Digi, Maxis, UMobile, TM dan juga YES.

Dibawah pakej ini, pelanggan akan diberikan data sebanyak 30GB, dan pengguna perlu membayar RM30 untuk akses selama 6 bulan. Ini sekaligus dilihat membawa kos langganan sekitar RM5 sebulan mengikut perkiraan kasar.

Secara keseluruhan, pakej ini bukan sesuatu yang baharu, tetapi dilihat sedikit naik-taraf berbanding Pakej Remaja sebelum ini, yang menawarkan akses 20GB untuk 3 bulan pada harga RM30. Pakej Remaja ini sebelum ini ditawarkan untuk tempoh sehingga April 2023.

Dibawah Pakej Perpaduan, kelajuan internet dinaikkan sehingga 3Mbps, dan kuota dinaikkan kepada 30GB, serta masa penggunaan sehingga 6 bulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd