Cari @ Amanz

Berita besar tahun ini ialah Kesatuan Eropah (EU) akan menguatkuasakan penggunaan USB-C pada semua peranti elektronik yang dijual di negara ahli menjelang Disember 2024. Ini tidak terhad kepada telefon pintar tetapi semua peranti yang memerlukan sumber elektrik. Seterusnya EU ingin menguatkuasakan pula undan-undang mewajibkan semua peranti elektronik perlu mempunyai bateri yang boleh digantikan oleh pemilik.

Menariknya mengenai undang-undang ini ialah ia bukan sahaja merangkumi kesemua peranti elektronik tetapi juga kereta elektrik, skuter elektrik, dan peralatan perindustrian elektrik. Setiap bateri perlu mempunyai kod QR menyatakan dari mana sumber dilombong bagi mengelakkan ia diambil dari lombong yang menggunakan tenaga kerja hamba dan kanak-kanak.

Tidak berakhir di situ, bateri wajib mempunyai peratusan komponen yang diambil dari sumber kitar semula. Sebagai contoh 6% nikel dan 85% plumbum perlu dari sumber kita semula. Selepas itu bateri untuk kenderaan elektrik pula perlu 100% boleh dikitar semula selepas tamat riwayatnya.

Pengeluar akan diberikan tempoh 3.5 tahun untuk mencari penyelesaian untuk menggunakan bateri yang boleh ditukar oleh pemilik pada peralatan yang dikeluarkan oleh mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd