Rekaan OnePlus Buds Pro 2 Diperlihatkan Dengan Perubahan Yang Kecil

Diterbitkan pada Dis 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus Buds Pro telah dilancarkan pada Ogos 2020 dengan kualiti audio yang mantap dalam pakej lengkap. Ini disebabkan oleh gabungan reka bentuk dan sokongan pembatalan hingar aktif yang berfungsi dengan baik. Terkini OnePlus dalam persediaan hadir dengan variasi baharu untuknya menerusi OnePlus Buds Pro 2, malahan reka bentuk turut telah diperlihatkan secara rasmi.

Ia menunjukkan perubahan kecil, tetapi sebahagian besarnya masih mirip seperti generasi sebelum ini. Putik audio kini mempunyai rekaan yang dilihat dua kali lebih besar berbanding sebelum ini. Dalam masa sama, terdapatnya penjenamaan Dynaudio pada pod pengecas jelas menunjukkan OnePlus bekerjasama dengan syarikat audio itu untuk pengalaman audio lebih baik.

Rekaan pod pengecas agak cliche tetapi rekaan cukup padat dengan kemasan yang berkilat. Seterusnya unit OnePlus Buds Pro 2 dengan warna Arbor Green yang diperlihatkan menerusi imej rasmi tampak premium. Tetapi, sudah semestinya lebih banyak pilihan warna yang bakal ditawarkan kelak selepas ia dilancarkan secara rasmi.

Gambar Sekadar Hiasan – OnePlus Buds Pro

Menurut jangkaan awal, fon telinga ini akan dilengkapi pemacu audio sebesar 11mm dengan ANC terbina. Dalam masa sama, ia juga menyokong CODEC LHDC 4.0 dan audio spatial. Bateri yang disertakan pula dipercayai mampu bertahan maksimum 38 jam penggunaan dengan bantuan pod pengecas.

komen


© Amanz / 2023 Kami