Nothing Phone (1) Dengan Pilihan Storan 128GB Kini Ditawarkan Di Malaysia – Berharga RM1499

Diterbitkan pada Dis 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nothing kini dilihat menawarkan satu lagi penawaran baharu untuk pasaran tempatan, iaitu Nothing Phone (1) versi 128GB dengan memori 8GB RAM. Ia ditawarkan pada harga RM1499 – sekaligus menjadikannya lebih berbaloi berbanding beberapa versi sebelum ini.

Nothing Phone (1) hadir dengan skrin 6.55-inci OLED, dijana cip Snapdragon 778G+, kamera utama 50-megapixel, bateri 4500mAh, dan juga sokongan kalis air IP53.

Sebelum ini, dua variasi ditawarkan, iaitu pilihan 8GB RAM dengan 256GB storan, selain 12GB RAM dan 256GB storan. Kini, variasi ketiga diperkenalkan pada harga RM1499 yang menawarkan 8GB RAM dan 128GB storan.

Sejumlah pekedai tempatan telah mula menawarkannya melalui kedai-kedai mereka. Disamping itu, model sedia ada juga diberikan diskaun RM400, membolehkan pengguna mendapatkan masing-masing pada harga serendah RM1999 (8GB/256GB) dan juga RM2299 (12GB / 256GB).

komen


© Amanz / 2023 Kami