Cari @ Amanz

Illegear yang merupakan jenama komputer riba tempatan kini hadir dengan penawaran baharu. Melaluinya, Illegear Atomic 14 diumumkan dengan harga RM3,199 dan sesi pratempah telah dibuka sekarang. Setiap pembelian didatangkan dengan beberapa hadiah percuma berupa Intel Game Code Bundle (3 permainan), Thermal Grizzly Kryonaut dan sokongan naik-taraf storan sehingga 8GB RAM DDR5.

Illegear Atomic 14 dilengkapi dengan skrin 14-inci IPS LCD dengan resolusi 2560 x 1600 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dipadankan dengan beberapa ciri tambahan lain seperti nisbah aspek 16:10, sokongan gamut warna sRGB 100% dan kecerahan puncak 500nits. CPU Intel Core i7-12700 digunakan dengan gabungan GPU Intel Iris Xe, memori 4GB DDR5 dan storan 512GB NVMe SSD terbina.

Turut disertakan adalah bateri 55Wh, di samping sokongan suis fizikal untuk kamera webnya yang sebelum ini tidak terdapat pada model Atomic 16. Pembesar suara 1.5W bersama dwi mikrofon digital juga disediakan pada komputer riba ini. Pilihan I/O pula terdiri dengan kekunci Kensington, 2 X USB 3.1 Gen 1, 1 X Type-A, 1 X USB Type-C, 1 X Thunderbolt 4, HDMI 1.4 dan bicu audio.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd