Rekaan Sebenar Samsung Galaxy S23 Ultra Dan S23+ Tertiris

Diterbitkan pada Dis 26, 2022. oleh .

Sebelum ini kami laporkan rekaan siri Galaxy S23 telah tertiris dalam bentuk peranti dami yang dipamerkan di kedai. Hari ini imej promosi rasmi untuk Samsung Galaxy S23 Ultra dan Galaxy S23+ telah tertiris sepenuhnya menerusi laman 91 Mobiles.

Ia mengesahkan rekaan pada dami yang tertiris. Samsung Galaxy S23+ dalam imej ditawarkan dalam warna ungu sementara Galaxy S23 Ultra pula dalam warna hijau. Samsung mengitar semula rekaan S22 Ultra dan tidak lagi menyertakan bonggol kamera pada Galaxy S23+. Tahun ini siri Galaxy S23 dikhabarkan akan dilancarkan pada awal Februari.

Tahun ini ketiga-tiga Samsung Galaxy S23 Ultra, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2. Kesaksamaan ini akan menyelesaikan isu cip Exynos 2200 dengan prestasi mengecewakan pengguna di Eropah serta mendatangkan pelbagai isu yang menyebabkan jualan peranti terjejas di benua tersebut.

komen


© Amanz / 2023 Kami