Redmi Band 2 Bakal Dilengkapi Dengan Skrin Lebih Besar

Diterbitkan pada Dis 26, 2022. oleh .

Redmi telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk baharu pada 27 Disember ini. Selain daripada telefon pintar, mereka juga bakal memperkenalkan Redmi Band 2 sebagai variasi baharu untuk rangkaian gelang tangan pintarnya. Beberapa aspek padanya telah didedahkan, yang mana ia akan disertakan rekaan dan ciri-ciri serba baharu.

Redmi Band
Gambar sekadar hiasan – Redmi Band

Panel hadapan kini lebih besar dengan saiz 1.47-inci, yang mana Redmi mendakwa keluasannya adalah 79% lebih besar berbanding generasi sebelum ini. Kemudian, sisi skrin juga kini adalah melengkung dan ketebalan juga meningkat kepada 9.99mm. Bersama-sama dengannya, tali sejenis silikon turut digunakan sebagai pelengkap gelang tangan pintar ini.

Imej acah rasmi menunjukkan Redmi Band 2 dalam warna biru cair, tetapi sudah semestinya lebih banyak pilihan warna yang disediakan selepas dilancarkan kelak. Tiada maklumat lain mengenai spesifikasi didedahkan, bagaimanapun jangkaan awal mendapati harga jualannya dijangka lebih tinggi berbanding generasi sebelum ini.

Bagi melihat apakah kejutan yang disediakan Redmi untuk penjejak kesihatannya kali ini. Sama-sama nantikan pelancaran rasmi kelak yang turut akan memperlihatkan pengenalan untuk Redmi Watch 3 dan Redmi Buds 4 Lite.

komen


© Amanz / 2023 Kami