Tahun ini cip Exynos 2200 mengecewakan apabila ia digunakan pada siri Galaxy S22 untuk pasaran Eropah sahaja. Bukan sahaja prestasi cip tidak mampu memberikan persaingan kepada Snapdragon 8 Gen 1 tetapi ia turut memberikan pelbagai isu yang tidak ditemukan pada model dengan cip Snapdragon. Akibatkan tahun hadapan kesemua peranti siri Galaxy S23 akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan bukannya pengganti kepada Exynos 2200.

Tetapi menurut laporan Sammobile, Exynos 2300 telah dihasilkan untuk menggantikan Exynos 2200. Cip Exynos 2300 akan hanya digunakan pada Galaxy S22 FE dan Tab S8 FE. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Galaxy S22 FE dipercayai akan menggantikan siri Galaxy A7x yang akan dihentikan pengeluarannya.
Walaupun cip Exynos tidak digunakan pada sir Galaxy S23, Samsung masih meneruskan usaha untuk menghasilkan cip Exynos khusus untuk Galaxy. Sebuah pasukan khas pembangunan cip telah dibentuk di Samsung Mobile dengan sasaran cip khusus ini akan digunakan bermula 2025.
- Sumber
- Sumber – Sammobile