Sistem Pengesan Kemalangan iPhone 14 Masih Melakukan Panggilan Kecemasan Tanpa Disedari Pemilik
Effi Saharudin
Sistem pengesan kemalangan pada siri iPhone 14 akan melakukan panggilan kecemasan kepada pihak berwajib sekiranya merasakan pemilik terlibat dengan kecelakaan di jalan raya. Sejak dari awal lagi sudah muncul laporan ciri ini masih belum sempurna kerana melakukan panggilan kecemasan sekiranya pemilik menaiki roller coaster.

Terkini di Amerika Syarikat sistem yang sama kini melakukan panggilan kecemasan apabila pemilik sedang menggunakan luncur salji. Talian kecemasan di Colorado misalnya dihujani puluhan panggilan kecemasan berhampiran kawasan meluncur salji. Sebanyak 71 panggilan yang tidak melibatkan kemalangan sebenar diterima.
Kerana prosedur memerlukan bantuan dihantar juga ke lokasi, ia menyebabkan ambulans yang diperlukan untuk situasi kecemasan sebenar telah dihantar ke lokasi lain. Apple telahpun memberikan kemas kini kepada iOS 16 bagi mengurangkan berlakunya insiden panggilan kecemasan dilakukan secara tidak sengaja dilakukan. Jelas algoritma pengesanan yang digunakan Apple masih belum tepat pada waktu ini.
[sumber] Sumber – Macrumors [/sumber]