Cari @ Amanz

Penjejak kesihatan Redmi turut dikemaskini dengan penawaran baharu. Melaluinya Redmi Band 2 diumumkan dengan rekaan serba baharu, di samping beberapa aspek yang ditambahbaik. Misalnya seperti skrin kini lebih besar dengan saiz 1.47-inci, yang mana didakwa 76% lebih luas berbanding generasi sebelum ini.

Tubuhnya juga lebih nipis dengan skrin yang melengkung pada kesemua sisi tanpa sebarang sokongan butang fizikal tambahan. Turut disertakan adalah sensor penjejakan kesihatan dan kecergasan terbina dengan kebolehan yang serupa dengan Redmi Watch 3. Di samping itu, sebanyak 30 pilihan mod sukan disediakan untuk kegunaan aktiviti luar yang pelbagai.

Bateri sebesar 210mAh yang digunakan mampu bertahan sehingga 2 minggu penggunaan. Untuk harga jualan, Redmi Band 2 ditawarkan pada RMB159 dengan pilihan warna yang menarik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd