Carian
Huawei Nova 9 SE Dijenamakan Semula Sebagai Wiko 5G
December 28, 2022 Fahim Zahar

Wiko 5G baru sahaja rasmi sebentar tadi. Wiko iaitu jenama peranti dari Perancis ini telah melancarkan peranti 5G baharu mereka yang sebenarnya adalah penjenamaan semula daripada peranti lain.

Peranti sebenar Wiko 5G ini adalah Huawei Nova 9 SE. Memandangkan ia adalah peranti sama dengan Nova 9 SE, skrin yang digunakan adalah 6.78″ IPS LCD FHD+ 120Hz, dijana cip Snapdragon 695 5G yang dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB.

Wiko 5G menjalankan HarmonyOS di bawah program HarmonyOS Connect yang membenarkan jenama lain menggunakan ekosistem Huawei.

Untuk kamera, peranti ini menggunakan sistem kuad-kamera 108MP Samsung HM2 + 8MP sudut ultra lebar + 2MP makro + 2MP sensor kedalaman dan kamera swafoto 16MP. Bateri peranti pula adalah 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W.

Wiko 5G adalah peranti khusus untuk pasaran China sahaja buat masa ini. Ia dijual pada harga bermula RMB 1,999 iaitu sekitar RM1,271.

Komen