Sel Sperma Badak Sumbu Putih Dihasilkan Daripada Sel Tunjang Untuk Mengelakkan Kepupusan

Diterbitkan pada Dis 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perubahan iklim, dan pemburuan haram menyebabkan banyak spesis flora dan fauna kini pupus atau diancam kepupusan. Di dunia sekarang hanya tinggal dua badak sumbu putih utara (Ceratotherium simum cottoni) tetapi malang sekali kedua-duanya adalah betina kerana badak jantan terakhir bernama Sudan meninggal dunia empat tahun lalu.

Pada awalnya saintis mengatakan spesis ini akan pupus kerana tiada lagi penderma sperma untuk meneruskan pembiakan. Tetapi kini saintis daripada Osaka University menemukan cara untuk meneruskan spesis ini menggunakan sel tunjang.

Sel kulit dari seekor bada sumbu putih utara yang mati pada tahun 2015 telah diproses di makmal untuk menghasilkan sel tunjang. Selepas percubaan selama beberapa tahun, sel tunjang ini berjaya digunakan untuk menghasilkan sel pendahulu (precursor cell) sperma dan sel telur. Langkah seterusnya ialah untuk menghasilkan sperma dan telur bad sumbu putih utara sebenar sebelum mensenyawakannya menjadi embrio.

Penyelidik masih tidak mengetahui sama ada embrio kemudiannya ini boleh ditempelkan dengan jayanya pada spesis berlainan. Kajian berterusan akan dijalankan untuk menyelamatkan spesis ini daripada pupus selama-lamanya.

Sebelum kematian Sudan, sperma bad sumbu putih utara terakhir ini telah dikumpul. Sebanyak 22 embrio telah berjaya dihasilkan cuma belum ditempelkan ke dalam rahim. Teknik menggunakan spesis lain untuk meneruskan spesis yang terancam sudah dicadangkan oleh beberapa saintis sebelum ini termasuk yang cuba mengembalikan gajah mamot.

komen


© Amanz / 2023 Kami