Cari @ Amanz

Amazon sedia mempunyai perkhidmatan penstriman video tersendiri, dinamakan sebagai Prime Video. Kini, selain daripadanya, Amazon dilaporkan sedang membangunkan sebuah perkhidmatan dan aplikasi baru yang memfokuskan kepada kandungan sukan sahaja.

Ia dikatakan dengan langkah ini, Amazon dilihat terus memfokuskan kepada arena penstriman, dan inginkan pengguna meluangkan masa lebih lama pada perkhidmatan mereka.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah aplikasi baharu ini akan diperkenalkan oleh Amazon kepada umum – atau adakah Amazon akan membatalkan pembangunannya atau sebaliknya.

Di Malaysia sendiri, Astro sedia menawarkan aplikasi memfokuskan kandungan sukan, dinamakan Sooka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd