Carian
Kerajaan India Ingin Menyelaraskan Pengecasan Peranti Boleh Pakai
December 29, 2022 Fahim Zahar

Kesatuan Eropah (EU) telah menetapkan pada 28 Disember 2024, semua telefon baharu wajib menggunakan pengecasan USB-C. Ini termasuk dengan iPhone. Kerajaan India (BIS) turut ingin melakukan perkara yang sama.

Terkini, BIS dilaporkan turut ingin mewajibkan semua peranti boleh pakai menggunakan kaedah pengecasan yang sama. Ini akan terkesan kepada jam tangan pintar, penjejak kesihatan, TWS dan juga set fon kepala.

Tetapi buat masa ini, mereka masih belum menetapkan kaedah pengecasan yang mana akan digunakan. Di pasaran sekarang, kebanyakan TWS dan set fon kepala sudah pun menggunakan pengecasan USB-C – jadi ia mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi untuk jam tangan pintar dan penjejak kesihatan, majoriti menggunakan pengecasan tersendiri seperti pin pogo, magnetik dan pengecasan nirwayar Qi.

Jika perkara ini diteruskan, kita mungkin akan lihat pengecasan peranti yang lebih mudah di masa hadapan. Sama-sama kita nantikan.

Komen